Thursday, March 11, 2010

Mama, Abah...Moga Bahagia hingga ke Syurga

10 Mac 1978..32 tahun lepas Mama dan Abah disatukan, bersaksikan sahabat-sahabat perjuangan, dengan restu keluarga...jauh di bumi asing. Satu demi satu langkah diatur membina keluarga, berpandukan AdDeen walau sukar, walau penat. 32 tahun..langkah masih diatur, lebih tenang tapi masih deras..Moga Allah kurniakan Mama dan Abah kekuatan berjuang sepertimana 32 tahun dahulu..


Mama dan Abah kebanggaan kami,
10 permata yang masih perlu digilap untuk mengeluarkan cahayanya..
Mama dan Abah kesayangan kami,
10 hati yang belum puas bermanja..

Ya Allah, ampunilah Mama dan Abah, berkatilah amal usaha mereka,
kasihilah mereka sepertimana kami dikasihi..

Mama dan Abah..Moga bahagia hingga ke syurga..


ps: waa..can't find any Mama n Abah's couple pics on my laptop..

5 comments:

  1. Huda ada! Kat PC rumah pun ada :D

    ReplyDelete
  2. salam ukhuwwah kak hafsa....lama tak contact. maaf sangat9 yek ukhti mahbubah.akk,doakan husna kuat yek dibumi mesir yang penuh barakah and ilmu ini. uhibbukhifillah lillahitaala. sampaikan salam pada keluarga dan budak2 comel tu dari makcik husna:-)

    ReplyDelete
  3. aku terharu bacanya :') nice share

    ReplyDelete