Thursday, March 11, 2010

Mama, Abah...Moga Bahagia hingga ke Syurga

10 Mac 1978..32 tahun lepas Mama dan Abah disatukan, bersaksikan sahabat-sahabat perjuangan, dengan restu keluarga...jauh di bumi asing. Satu demi satu langkah diatur membina keluarga, berpandukan AdDeen walau sukar, walau penat. 32 tahun..langkah masih diatur, lebih tenang tapi masih deras..Moga Allah kurniakan Mama dan Abah kekuatan berjuang sepertimana 32 tahun dahulu..


Mama dan Abah kebanggaan kami,
10 permata yang masih perlu digilap untuk mengeluarkan cahayanya..
Mama dan Abah kesayangan kami,
10 hati yang belum puas bermanja..

Ya Allah, ampunilah Mama dan Abah, berkatilah amal usaha mereka,
kasihilah mereka sepertimana kami dikasihi..

Mama dan Abah..Moga bahagia hingga ke syurga..


ps: waa..can't find any Mama n Abah's couple pics on my laptop..