Tuesday, September 29, 2009

Perjalanan Raya 2009 -updated entry 1

(entri untuk keluarga..so tak perlu diperkenalkan watak-watak cerita ini heh..)

Meru-Kapar-Bagan Datoh-Meru-Mersing-Meru

AlhamduliLlah..

190909 - Kepulangan dinanti..
Dari Meru pulang ke Kg Tok Muda Kapar, berbuka puasa bersama-sama Nenek dan pakcik, makcik dan sepupu.
Mahmud's Clan (kecuali Haidar dan Husna di Mesir serta Hanif dan Aneesa di Bangi) balik dengan 4 biji kenderaan!
Hari ini juga ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6 :)

200909 - Eid Mubarak!
Hidangan pagi sebelum melangkah ke masjid - ketupat, kuah kacang, dan kuah ayam ape ek? yg sangatla sedap, alhamduliLlah.
Jaga Saeid so tak pergi solat sunat Eid, Abg Wan dan Taareq berbaju melayu (minus sampin and songkok) ikut ayah ke masjid.
Sesi bergambar keluarga-keluarga macam biasa, meriah dengan macam-macam gelagat. keluarga kami masih tak cukup tahun ni..Berziarah ke rumah kawan Nenek di kampung dan nenek saudara. Hanif dan Aneesa turut serta setelah beraya di Bangi.

Malamnya pula makcik pakcik yang lain pula sampai, rumah Nenek makin meriah dan penuh! Kami bersiap untuk pulang ke kampung Sg Pergam, Bagan Datoh, bertolak selepas Isya' dan selamat tiba lebih kurang jam 10.30 malam.
Rumah Embah juga penuh. Tingkat atas jadi asrama lelaki,tingkat bawah jadi asrama perempuan, tapi kerja warden tak jalan..jam 2.00 pagi ada lagi budak-budak yang tak tidur.

210909 - Ziarah
Berziarah ke rumah2 embah dengan keluarga Lek Yah. Mak dan Bapak melayan tetamu yang tak putus-putus datang ke rumah Embah.
Semua adik-deradik ada masa ni kecuali Khidhir dan Nisa' yang beraya di Tanjung Karang.
Petangnya, Fatimah dan Masyitah kembali ke rumah mertua pula. Khidhir dan Nisa' tiba malamnya. Oh, masih tak dapat bergambar satu family lengkap ...

230909 - Transit
Sarapan pagi dengan soto Bagan Datoh dan nasi lemak. habisla sesiapa yang berdiet tuh..

Selepas zohor, berkemas untuk balik ke Meru, kerana ikut rancangannya akan bertolak ke Mersing pula pada keesokan paginya. Singgah-singgah di rumah wak2 bersama Khidhir dan Nisa' yang juga pulang ke Meru. Selamat sampai di rumah kira-kira 9.30 malam.

240909 - Mersing, kami datang!
Bertolak ke rumah Mama 9.00pagi. Bergerak menuju Mersing hampir pukul 11.00pagi dengan 2 kenderaan. Kak Da, Hanis dan Hannah satu kereta, Mama pula bersama kami, melayan kerenah cucu-cucu sepanjang perjalanan. Perjalanan Klang-Kuala Pilah-Ulu Serting-Muadzam Shah-Rompin-Endau-Mersing selamat ditempuhi dan tiba jam 3.00petang. Keluarga Cik Eton sedang bersiap untuk pulang semasa kami tiba. Malam tu tak buat apa-apa, menghilangkan keletihan perjalanan. Makan malam= roti bakar. Hmm..esok dah plan nak masak ikan keli yang diternak Pakcik Jamal kat belakang rumah..


tbc..(to be continued)

Friday, September 18, 2009

Eid Mubarak!




Buat semua yang mengenali kami sekeluarga,

maaf zahir dan batin,

taqabbalaLlahu minna wa minkum,

kullu aam wa antum bikhair!

Saturday, September 05, 2009

Selamat Mengembara

Adikku Husna selamat berangkat ke bumi Mesir untuk kembara pencarian ilmunya pada 2 September lepas..Doa kami sekeluarga buat Makcik Una agar dipermudahkan Allah langkah-langkah di sana, diberkati ilmu yang diperoleh dan disuburkan iman dengan keluasan pemandangan dan pengalaman.
Posted by Picasa