Sunday, July 05, 2009

Menjadi Mu'min yang kuat tubuh badan

Lama sungguh tiada perkhabaran di blog ini. Ok, kita bercerita sedikit tentang beberapa perkara berkaitan kesihatan..


Kebelakangan ni kami sekeluarga diuji macam-macam penyakit..demam, sakit tekak, sakit mata, tonsilitis, sinusitis, asthma..alhamduliLlah, dengan ubat-ubat yang diambil dan izin Allah, kesihatan makin baik..punca? cuaca, ketahanan badan, corak pemakanan, gaya hidup sihat? kita nilailah sendiri ye..


Sebuah laman web perubatan yang menarik minat saya (mungkin pembaca ada rujukan-rujukan lain, bolehlah kongsikan bersama) ialah emedicinehealth . Bolehla guna sebagai pengetahuan awal tentang apa penyakit yang dihadapi dengan merujuk simptom dan gambar berkaitan. Teringat dulu keluarga saya mempunyai sebuah encyclopaedia kesihatan keluarga yang agak tebal, lebih kuranglah agaknya fungsi seperti web ini. kini, boleh rujuk dengan klik sahaja, tinggalnya kena pastikan bil telefon sentiasa berbayar hehe..


Satu penyakit yang amat dekat dengan saya ialah asthma. i have it, now my children have it too..Tapi percayalah, semua itu ujian Allah untuk melihat pergantungan dan keyakinan hamba kepadaNya. Sesiapa yang ada asthma atau saudara yang menghidapnya pasti tahu betapa seksanya menarik satu hela nafas sekiranya mendapat serangan. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Abu Daud).. Kenali penyakit, apa yang menyebabkan penyakit, elakkan penyebab dan bersedia dengan pelan perubatan untuk melegakan penyakit.. cuba ambil kuiz asthma ini


Jadi, mahu menjadi mu'min yang lemahkah kita? Pasti sekali tidak, kerana Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata : ” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ” (Riwayat Muslim).


Sama-samalah kita menjaga kesihatan, fizikal dan mental, moga dapat membina kekuatan ummah setiap masa dan ketika.


Diakhiri dengan gambar-gambar untuk membuat anda tersenyum.....