Friday, February 13, 2009

Kelahiran mujahid ke-3



AlhamduliLlah, saya telah selamat melahirkan anak ke-3, seorang mujahid seberat 3.3kg pada 2.2.2009. dengan rasminya nama putera kami, SAEID KHALEEL bin IMRAN.

Nama Saeid diambil sempena nama Asy-Syahid Said Siyam, Menteri Dalam Negeri Hamas yang syahid pada 15 Januari 2009 selepas kediaman keluarganya digempur Israel laknat. Saeid bermaksud kebahagiaan. Khaleel pula bermaksud sahabat paling karib atau kekasih.



Moga-moga semangat Asy-Syahid Said Siyam akan berterusan mengalir kepada mujahid kecil ini..