Tuesday, November 04, 2008

Macam kembar..

Ini cerita tentang anak-anak laki kami, Marwan dan Taareq. beza umur mereka 1 tahun 11 bulan, tapi menengokkan fizikal mereka pada masa ini (Marwan 13 kg, Taareq 11 kg) ramai yang menyangka mereka kembar. hehe, jenuh juga nak menerangkan setiap kali ditanya..

budak 2 orang ni macam upin dan ipin pun ada, terutamanya lepas dibotakkan kepala! yang senangnya bila saiz badan lebih kurang sama, baju yang dibeli pun satu saiz, kadang-kadang sama warna (manalah orang tak tersalah sangka diorang ni kembar!)..



Wednesday, October 15, 2008

Eidul Fitri 1429H

Eid kali ini disambut bersama keluarga di Sg Pergam, Bagan Datoh, Perak. bertolak dari Meru pada 31 Ramadhan jam 3 petang dan selamat tiba jam 5 petang selepas melalui beberapa 'perhentian' di sepanjang perjalanan.



Keluarga Imran bersama Embah



Keluarga Mohd Khayat bergambar bersama Embah (kecuali Mieah yang di Mesir)

Sementara itu di Kapar, Keluarga Mahmud bersama Nenek (minus Hafsa and Haidar)



Monday, August 11, 2008

{Hanif dan Aneesa 080808 }



Adikku Hanif selamat menikah dengan pasangannya Aneesa Abd Rashid pada 08.08.08 di Surau Taman Bangi Villa. BaarakaLlahu lakuma wa baaraka alaykuma wa jama'a baynakuma fil khair..



Moga terbina satu lagi keluarga soleh dan musleh...

Tuesday, July 29, 2008

Majlis Pelancaran Kempen Anda Bijak Jauhi Zina Peringkat Selangor

Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Kempen Anda Bijak Jauhi Zina Negeri Selangor telah selamat dilangsungkan pada 27 Julai 2008, bertempat di Audiitorium SIRIM, Shah Alam. Pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Dr Nik Rubiah Nik Abd Rashid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Kesihatan Remaja, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.


Selepas itu berlangsung sidang media dan juga forum bertajuk "Berapa Harga Dirimu.??" Panellis merupakan 2 orang individu berpengalaman dalam pendidikan dan kaunseling remaja, Puan Rosmawati Zainal dan Tn Hj Arbain Pinni.



Disertakan di bawah kenyataan media yang dibuat semasa majlis ini.


KENYATAAN AKHBAR SEMPENA

PELANCARAN KEMPEN ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ)

Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Selangor

Pada hari ini Ahad, 27hb Julai 2008 bersamaan dengan 24 Rejab 1429H, Kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) di bawah anjuran Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia dan Kelab Remaja JIM Selangor telah dilancarkan secara rasminya. Bersempena dengan pelancaran kempen ini, satu Perhimpunan Remaja Selangor telah turut diadakan bagi mengumpulkan 500 orang remaja dari seluruh negeri Selangor. Pelaksanaan kempen ini di negeri Selangor adalah sebagai kesinambungan daripada pelancaran Kempen ABJZ oleh Jawatankuasa Pusat Wanita JIM pada 14hb Julai 2007 yang lalu.

Kami menyedari bahawa masalah sosial yang dihadapi oleh remaja pada hari ini adalah pada tahap yang sangat membimbangkan. Gejala seks bebas di kalangan remaja mengakibatkan banyak kesan buruk terutamanya kehamilan yang tidak diingini lantas membawa kepada gangguan emosi, kemurungan, membunuh diri, pembuangan bayi, kelahiran yang tidak selamat, jangkitan penyakit kelamin dan sebagainya. Berbeza dengan perkahwinan yang dibentuk berdasarkan kasih sayang dan rasa tanggung jawab, zina membawa kesan buruk terhadap keharmonian kehidupan masyarakat kerana motifnya hanyalah untuk memuaskan hawa nafsu semata-mata tanpa sebarang ikatan janji menandakan pertanggungjawaban kedua-dua individu yang terlibat.

Keadaan tambah menyulitkan disebabkan para ibu bapa dan orang dewasa merasa kekok dalam membincangkan secara terbuka mengenai aspek tanggungjawab reproduksi dan seksual dengan anak remaja mereka sendiri. Kejahilan inilah yang menyebabkan para remaja lebih banyak terjebak tanpa pendedahan awal mengenai seks. Kajian lepas menunjukkan bahawa remaja bermaklumat merendahkan risiko untuk mereka melakukan hubungan seks pada usia yang muda, tidak mempunyai pasangan yang ramai dan tidak terlibat dengan perlakuan seks yang berisiko.

Sehubungan dengan itu, Wanita JIM dan Kelab Remaja JIM (KRJ) Negeri Selangor berusaha untuk memberikan pendedahan dengan maklumat terkini kepada remaja, ibu bapa dan masyarakat sekeliling mengenai pentingnya pengetahuan seksual dan kesihatan dengan pendekatan Islamik bagi membanteras gejala sosial sekaligus melahirkan generasi soleh yang mengajak kepada kebaikan.

Usaha ini adalah selaras dengan visi dan misi JIM untuk mengislahkan masyarakat seperti yang termaktub dalam Al-Quran:

إِنْ أُرِيدُ إِلاَّ الإِصْلَـحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِى إِلاَّ بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

“Aku tidak bermaksud kecuali mendatangkan perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepadaNyalah aku kembali.”

Surah Huud: 88

Bagi melaksanakan kempen ini, Wanita JIM Selangor akan mengadakan beberapa siri latihan kepada sekumpulan jurulatih yang akan menjalankan program kesedaran kesihatan reproduksi di sekolah-sekolah seluruh Selangor berdasarkan Modul Kesihatan Reproduksi Remaja (MKRR) Wanita JIM. Program ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut peringkat umur yang meliputi kelompok awal, pertengahan dan akhir remaja.

Kami juga sedang berusaha membentuk kerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan sokongan kewangan bagi membiayai kos keseluruhan kempen. Wanita JIM Selangor juga akan mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk membawa program ini ke sekolah-sekolah.

Lanjutan dari itu, setiap daerah cawangan JIM akan mensasarkan pelaksanaan kempen ini sekurang-kurangnya di dua buah sekolah iaitu sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah. Sekolah-sekolah yang menghadiri sesi pelancaran kempen pada hari ini amat dialu-alukan untuk mendaftarkan nama bagi membolehkan modul ini diadakan di kalangan pelajar mereka.

Dalam kesempatan ini, Wanita JIM Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada penggerak-penggerak remaja JIM Selangor dan guru-guru sekolah yang telah membawa remaja-remaja ini menyertai majlis pada pagi ini. Kami harap kerjasama dengan kesemua sekolah yang hadir pada hari ini akan diteruskan dengan komitmen dari pihak sekolah untuk melaksanakan modul ini di tempat mereka masing-masing.

Semoga Allah swt memberkati usaha ini.

Oleh :

PM Dr Roohaida Othman,

Timbalan Ketua Wanita JIM Selangor.

Tuesday, June 24, 2008

My Current Project..(Allahumma yassir wa la tuassir)

coming soon ..27th July 2008, insyaAllah..

Friday, June 13, 2008

brotherly love...at kenduri



Abg wan: Dik Taareq, pegang tangan Abg Wan tau!
Adik Taareq: Abg Wan, tengok tu..orang semua mamam!












Adik Taareq: Wahh, lega akhirnya dapat makan..mamam!mamam!











Pengantinnya Mudzaffar Ashidi (sepupu) dan Norezlin, selamat dinikahkan pada 7 Jun 2008 di Bukit Beruntung , Rawang.